KKKL 3003 MESIN DAN ELEKTRONIK KUASA |
Matlamat kursus ini ialah untuk memberikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran asas mesin elektrik dan elektronik kuasa. Antara isi kandungan kursus ialah pengenalan dan aplikasi pengubah. Pengenalan dan aplikasi mesin elektrik. Mesin arus terus (AT) seperti penjana dan motor. Mesin arus ulang-alik (AU) seperti penjana dan motor. Motor segerak dan motor aruhan satu fasa dan tiga fasa. Kawalan motor AT dan AU. Pengenalan sistem elektronik kuasa dan aplikasinya. Peranti kuasa. Litar penerus, litar pemotong dan litar penyongsang. |
|